
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa telah diasaskan pada 1 April 1970. Pada peringkat awalnya telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Jitra II. Bilangan kelas terdiri daripada 3 kelas Tingkatan Peralihan dan 8 kelas Tingkatan 1. Bilangan pelajar seramai 300 orang. Kelas-kelas tersebut menumpang bangunan Sekolah Jitra sementara kelas Seni Perusahaan di Sekolah Menengah Jitra.Pengetua yang pertama ialah Boonlert Somehit.
Pada tahun kedua jumlah pelajar telah bertambah kepada 500 orang dan terpaksa meminjam bilik darjah Sekolah Kebangsaan Chong Hwa bagi menampung bilangan pelajar. Pada tahun ketiga jumlah pelajar meningkat kepada 700 orang dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Pulau Nyior.
Pada awal tahun 1972 sebuah tapak telah diperolehi bagi pembinaan sekolah sendiri yang terletak di lot 1438 di batu 13, Jalan Changlun, Jitra. Keluasan tapak 11.8 ekar. Kerja-kerja pembinaan 3 blok yang mengandungi 4 buah bengkel, sebuah pejabat, 10 bilik darjah , sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, sebuah tandas guru dan pelajar, sebuah bilik sains rumah tanggga dan sebuah koperasi telah dimulakan.
Pada 1 Julai 1978, sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Musa Hitam selaku menteri Pelajaran ketika itu.
oleh sebab bilangan pelajar semakin bertambah, sekolah ini mendapat lagi dua buah bangunan tambahan pada tahun 2003. Pada tahun 2009, bilangan pelajar telah bertambah kepada 1207 orang.
No comments:
Post a Comment